TEKNIK MENGGUNAKAN C.I.T.O, Secara praktikalnya, C.I.T.O hanyalah satu taknik mengingat. Teknik ini amat berguna semasa memandu. Sentiasa amalkan dalam pemanduan harian. TEKNIK MEMULAKAN PERGERAKAN , KELUAR & MASUK SUSUR ATAU MENUKAR LORONG. 1. C (cermin) – Pandang cermin pandang belakang kemudian cermin sisi (mengikut arah isyarat).
2. I (lampu isyarat) – Beri isyarat (kiri/kanan) mengikut arah ke mana anda hendak bergerak.
BREK – Perlahankan kenderaan (untuk pergerakan keluar/masuk susur sahaja) GEAR – Masukkan gear atau pastikan gear dalam kedudukan (gear rendah).
3. T (toleh) – Toleh secara fizikal ke arah belakang (mengikut arah isyarat)
BREK TANGAN – Lepaskan brek tangan sekiranya keadaan telah mengizinkan untuk bergerak (untuk memulakan pergerakan sahaja)
4. O (olahgerak) – Mulakan pergerakkan atau menyusur ke arah dikehendaki.
Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut :-
C
Cermin pandang belakang dan sisi untuk mendapatkan maklumat di belakang dan di sini kenderaan.
I
Isyarat yang sesuai untuk memberi maklumat dan niat kepada pengguna jalan raya yang lain.
T
Titik buta (Blind Spot) dengan menoleh kepala hingga ke paras bahu bagi mempastikan hazard yang tidak dapat dilihat melalui cermin.
O
Olah gerak yang betul dan selamat dalam posisi dan kelajuan yang sesuai bergantung kepada hazard.
ASAS KOMPONEN KENDERAAN
CARA MENGHIDUPKAN & MEMATIKAN ENJIN KERETA MANUAL
CARA MENGUNAKAN STERENG DENGAN BETUL
CARA MENGUNAKAN LAMPU ISYARAT ( SIGNAL ) DENGAN BETUL
CARA MENGUNAKAN PENGELAP CERMIN (WIPER) DENGAN BETUL
CARA MELARASKAN CERMIN KENDERAAN DENGAN BETUL
CARA MENARIK BREK TANGAN DENGAN BETUL
CARA MENGUNAKAN GEAR MANUAL DENGAN BETUL
CARA MEMIJAK PADEL CLUCH , BREK & MINYAK DENGAN BETUL